Filed under: Uncategorized
قسم “أ”
Aبهاكين
السؤال الأول (10 درجات)
استمعوا للقطعة الآتية ثم أجيبوا عن الأسئلة التي تليها:
يستيقظُ محمد كلَ صباح في الساعة السادسة ، فيغتسل ويتوضأ ويصلي، ثم يتناول الفطورَ مع أبيه وإخوته. يذهب محمد إلى المدرسة بالدراجة. وهو تلمبذ مجتهد، يتعلم فى مدرسة دينية عربية. وهو يحافظ دائما على النظامِ والأدب في البيت و المدرسة، ويطيع والديه ومعلميه. اسم أبيه عبد الرحمن واسم أمه عائشة. وله ثلاثة إخوٍة وأختان.
1) متى يستيقظ محمد من النوم ؟
(أ) في الساعة الخامسة
(ب) في الساعة السادسة
(ج) في الساعة السابعة
2) مع من يتناول محمد الفطور ؟
(أ) مع أبيه وإخوته
(ب) مع أصدقائه
(ت) مع أمه
3) كيف يذهب محمد الى المدرسة ؟
4) أين يتعلم محمد ؟
5) كم إخوة لمحمد ؟
السؤال الثاني ( 10 درجات)
استمعوا للقطعة الآتية ثم أجيبوا عن الأسئلة التي تليها:
تتعلم فاطمة في مدرسة سلطان سليمن الثانوية الوطنية. وهي تقوم من النوم في الساعة السادسة كل صباح. فتنظف أسنانها وتغتسل، ثم تتوضأ وتصلي الصبح جماعة، وبعد الصلاة تذاكر الدرس ثم تتناول الفطور مع اسرتها. وبعد تناول الفطور تذهب إلى المدرسة بالسيارة, وتقع مدرستها سبعة كيلومتر عن بيتها.
1) أين تتعلم فاطمة ؟
أ- مدرسة سلطان سليمن الثانوية الوطنية
ب- مدرسة سلطان إسماعيل الثانوية الوطنية
ت- مدرسة سلطان محمود الثانوية الوطنية
2) متى تقوم فاطمة كل صباح ؟
أ- في الساعة العاشرة
ب- في الساعة السابعة
ت- في الساعة السادسة
3) ماذا تعمل فاطمة بعد الصلاة ؟
4) كيف تذهب فاطمة إلى المدرسة ؟
5) كم كيلومترا من بيت فاطةم الى المدرسة؟
السؤال الثالث (10 درجات )
استمعوا لملحوار الآتي ثم أجيبوا عن السئلة التي تليه:
طارق ولد نشيط. قابل زميله جالد أمام المصلى ودار بينهما الحوار الآتي:
خالد : مساء الخير يا طارق !
طارق : مساء النور , يا خالد !
خالد : ماذا تعمل في المساء ؟
طارق : أساعد أسرتي في البيت.
خالد : وكيف تساعدهم ؟
طارق : أنظف سيارة أبي, وأزرع الزهور حول البيت.
خالد : هل تساعد أمك ؟
طارق : نعم, اساعد أمي في المطبخ.
خالد : كيف تشعر أسرتك ؟
طارق : هم يفرحون جدا .
خالد : عظيم , أنت ولد نشيط.
طارق : شكرا.
خالد : عفوا.
1) من هو خالد ؟
أ- ولد ذكي
ب- ولد مؤدب
ت- ولد نشيط
2) أين قابل خالد زميله ؟
أ- أمام المطعم
ب- أمام المقصف
ت- أمام المصلى
3) ماذا يعمل طارق في المساء ؟
4) أين يزرع طارق الزهور ؟
5) كيف تشعر أسرة طارق ؟
Filed under: Uncategorized
تهني لجنة اللغة العربية ومدرسوها للطلبة المتفوقين في الاختبار الاول من الصف الرابع أمان وهم
نورعزتي ناضرة – 97
حانيس يوحانا -86
نورعاتكة -80
نور ايؤي -75
Filed under: Uncategorized
Assalamualaikum…
Kepada pelajar-pelajar 3 Aman yang terlibat dalam program myarabictuition07 siri 1/2009, sila jawab dan hantar jawapan anda ke dalam blog ini atau emailkan ke myarabicclass07@yahoo.com.my diantara tempoh 8.00 pagi 28 Mac 2009-8.00 malam 29 Mac 2009.
Sekian.
Berikut adalah tugasan:
Anda boleh melihat skrip penuh dengan klik dilink selepas paparan ini.
Filed under: Uncategorized
Assalamulaikum
Panitia Bahasa Arab mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat A dalam Bahasa Arab dan Hanies Yuhana, Nurizzati Nadhirah dan Nursyazwani Jamaluddin yang mendapat 9A.

Tahniah kepada pelajar yang mendapat A dalam Bahasa Arab PMR. Berdiri dari kanan Nuratikah, Nurshazana Athirah dan Nurfatihah. Duduk dari kanan Nuraivy Razali(8A1B), Raffah Nurdini, Nur'Ezzathy Nadhirah(9A) dan Hanies Yuhana(9A). Tiada dalam gambar Fairuz Lina(SMKA KK) , Siti Zafierah dan Nursyazwani Jamaluddin(9A)-SMKA di Perak
Pelajar lelaki yang mendapat A: Mohd Faisal Akmal

Pelajar lelaki yang masih setia di kelas Aman dan sanggup menyahut cabaran mengambil subjek Bahasa Arab Tinggi. Berdiri dari Kanan: Mohd Faizal, Ahmeed Hanis, Mohd Fauzi, Mohd Hassan, Mohd Saifuddin, Duduk dari kanan Mohd Faisal Akmal..A Bahasa Arab, Aizuddin..khusyuk dan Mohd Qayyum

Puteri-puteri yang masih setia di kelas 4 Aman. Berdiri dari kanan: Lily Syafiqah,Nurshafiqah, Raffah Nurdini, Shahira,Elona,Nur Aivy, Nurul Asyikin, Izzatul Mahfuzah, Nursyazana Athirah, Duduk dari kanan: Nurfatihah, Aimi Shahidah, Nabilah, Nur'Ezzathy Nadhirah, Hanies Yuhana, Nurfarhana dan Nuratikah
Dapatkan soalan percubaaan PMR Bahasa Arab 2008 di link berikut:
Percubaan PMR Bahasa Arab Pahang 2008:
http://www.scribd.com/doc/13589689/Soalan-Percubaan-BAK-Pahang-2008
Percubaan PMR Bahasa Arab Komunikasi Kuala Lumpur 2008:
http://www.scribd.com/share/upload/10295015/fgrzszdb2awbj9y3vco
Percubaan PMR Bahasa Arab Komunikasi Johor 2008:
http://www.scribd.com/doc/13590599/Percubaan-PMR-Bahasa-Arab-Johor-2008
Percubaan PMR Bahasa Arab Komunikasi Perak 2008:
http://www.scribd.com/doc/13591331/Soalan-Percubaan-Bahasa-Arab-PMR-2008-Perak
Percubaan PMR Bahasa Arab Kedah 2008:
http://www.scribd.com/doc/13591714/Percubaan-PMR-Bahasa-Arab-Kedah-2008
Filed under: Peperiksaan Dalaman
3 Aman

Tahniah! Dari kiri: Melissa, Nabihah, Norain dan Wan Nur Izzie
1. Nabihah Nissanto
2. Norain Jaine
3. Melissa Hazel Musli
4. Wan Nur Izzie Wan Ruslim
5. Mohd Hadziq Zafari

6.Radzi Rahman

Radzi Rahman. Mabruk 'Alayka
Filed under: Uncategorized
Sumber: www.utusan.com.my
Resipi kejayaan Madihah dapat 20A
KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.
Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.
Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.
Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.
Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.
Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.
Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.
Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.
Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.
Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.
Filed under: Uncategorized
Tahniah diucapkan kepada Hanies Yuhana, Nur’Ezzathy Nadirah dan Nursyazwani Jamaluddin atas kejayaan mendapat 9A dalam PMR.
PELAJAR CEMERLANG 2008
Filed under: Uncategorized